Percutian

Pulau Redang

Destinasi percutian terbaik Terengganu

Tenangkan fikiran melihat lautan luas dan keindahan alam

Cipta kenangan bersama

Percutian ke

Pulau Redang

Destinasi percutian terbaik Terengganu

Perkenalkan LilyLala Travel

Lilylala Travel adalah Agensi pelancongan berfokuskan pakej day trip ke Pulau Redang. Kami akan membantu anda yang ingin menikmati keindahan alam untuk menenangkan fikiran bersama keluarga tercinta atau rakan-rakan di Pulau Redang yang jauh dengan kesibukan kota.

Tidak seperti Agensi Pelancongan yang lain, Lilylala Travel memberi perkhidmatan yang terbaik yang akan menjamin kepuasan anda dan pastinya anda pulang dengan pengalaman serta kenangan yang berbeza di Pulau Redang!

Trusted

Lilylala sudah beroperasi lebih 10 tahun

Secure

Lilylala adalah syarikat yang berlesen dan berdaftar

Guarantee

Anda pasti berpuas hati dengan servis kami

Day trip ini sesuai kepada...

"Walaupun hanya satu hari, akak sangat puas hati luangkan masa dengan keluarga di Pulau Redang. Alang-alang bercuti di Kuala Terengganu, day trip (sehari) di Pulau Redang sudah puas!
Naimah
Johor
5/5
"Abang tour guide sporting sangat. Layan je saya dan kawan-kawan sepanjang hari. Kenangan bersama rakan-rakan di Pulau Redang ini pasti tidak akan dilupakan"
Khairul
Selangor
5/5
"Pengalaman dan keindahan alam di Pulau Redang terlalu berbaloi dengan harga pekej yang murah. Saya sangat seronok dapat bergambar dengan penyu, baru lah betul datang ganu!"
Mastura
Kedah
5/5

Aktiviti wajib di pulau redang

IMG_3314.jpg

Penyu

Pulau Redang terkenal dengan penyu yang jinak. Setiap pelancong yang datang pasti dapat melihat penyu secara dekat.

Snorkeling

Hidupan laut seperti rumpai laut yang cantik serta ikan-ikan yang masih terjaga daripada pencemaran di Pulau Redang.

i.jpg

OOTD

Pemandangan di Pulau Redang yang cantik sangat sesuai untuk bergambar. Pasirnya yang putih sangat berbeza dengan pantai-pantai biasa.

0
Pelawat

Daytrip Pulau Redang Destinasi Percutian Terbaik Terengganu

0
Telah Menempah

Pakej Day trip Pulau Redang Termasuk:

5 check points menarik (Live Aqurium!)

Bot pelancong untuk pergi dan balik, membawa anda singgah di 5 check points yang berbeza untuk melihat penyu yang jinak , ikan-ikan, batu karang yang cantik dan hidupan laut yang lain. Anda akan merasa sedang berada di dalam akuarium!

Peralatan Snorkeling dan jaket keselamatan

Peralatan snorkeling serta jaket keselamatan disediakan semasa berada di atas bot sebelum bertolak ke Pulau Redang. Pemandu pelancong akan membantu anda cara pemakian snorkel yang betul sebelum turun untuk snorkeling di Pulau Redang.

Pemandu Pelancong (Pegawai Keselamatan)

Sepanjang perjalanan di Pulau Redang, pemandu pelancong akan membantu anda jika ada sebarang keperluan. Selain itu, pemandu pelancong ini bertanggungjawab menjaga keselamatan anda semasa aktiviti air di Pulau Redang.

E-book panduan Persediaan dan langkah keselamatan

LilyLala Travel adalah satu-satunya agensi yang menyediakan panduan percutian yang lengkap untuk bercuti di Pulau Redang. Ebook ini boleh dijadikan rujukan seawal persediaan serta langkah keselamatan semasa bercuti.

Dapatkan pemberian ebook PERCUMA bernilai RM29.90

Khas untuk pelanggan kami, Lilylala menyediakan Ebook panduan lengkap persediaan percutian trip sehari (day trip) ke Pulau Redang. Ebook ini pastinya membantu anda dalam merancang persediaan bercuti di Pulau Redang. Pemberian EBook PERCUMA yang bernilai RM29.90 kepada anda.

Galeri

Tentatif Day trip Pulau Redang :

Tentatif Daytrip Pulau Redang

  • 8.30 pagi: Berkumpul di Jeti Merang sebelum bertolak ke Pulau Redang
  • 8.45 pagi: Bertolak dari jeti ke Pulau Redang
  • 10.00 pagi: Pasir Akar (dikenali sebagai Pantai Maldives)
  • 11.30 pagi: Turtle Bay (Teluk Dalam)
  • 12.30 tengahari: Long beach (rehat, makan tengahari & aktiviti pantai)
  • 2 petang: Gua Kawah (Pulau Lima)
  • 3 petang: Taman Laut (Marine Park)
  • 4.45 petang: Bertolak dari Pulau Redang ke Jeti Merang
  • 5.30 petang: Tiba di Jeti Merang 
*Ini adalah tentatif kasar, mungkin akan berubah sesuai dengan keadaan cuaca dan situasi semasa.
 
"Best la day trip dengan Lilylala travel ni. Abang tour guide terbaik, layankan je saya mintak tolong ambil gambar underwater dengan penyu. Terbaiklah!"
Iffan
Melaka
5/5

Pakej day trip

Pulau Redang

TEMPAH SEGERA! HARGA PROMOSI ASAL AKAN BERUBAH PADA BILA-BILA MASA

PROMOSI

Kanak-Kanak

RM 69 /pax
  • Jimat 30%
  • Bot pergi dan pulang
  • Jaket Keselamatan
  • Pemandu pelancong
  • 5 Chek points snorkeling
  • Kelengkapan snorkeling
  • Ebook panduan checklist
PROMOSI

Dewasa

RM 99 /pax
  • Jimat 30%
  • Bot pergi dan pulang
  • Jaket Keselamatan
  • Pemandu pelancong
  • 5 Chek points snorkeling
  • Kelengkapan snorkeling
  • Ebook panduan checklist

“Pengalaman percutian yang sangat berbeza. Cantik sungguh ikan-ikan dan rumpai laut. Tak ternilai keindahan yang dilihat. Berbaloi sangat dengan harga pakej day trip yang sangat MURAH! -Lia-

5/5

“Dah lama teringin nak mai Pulau Redang. Terima kasih layan Mas tanya macam-macam dan sediakan penginapan untuk honeymoon. Syok jumpa Lilylala boleh request ikut apa yang Mas nak” -Mas-

5/5

FAQ

Jeti Day trip Pulau Redang terletak di Merang, Setiu.

Semua pengangkuatan Day trip Pulau Redang  yang digunakan adalah bot laju (speed bot) iaitu bot pelancongan yang berdaftar dan berlesen.

Terdapat kawasan parkir kereta yang disediakan di sekitar jeti (Pulau Redang). Kadar bayaran parkir bergantung diantara rm10 – rm15 sehari.

Umur kanak-kanak untuk pakej day trip Pulau Redang adalah 4 tahun hingga 11 tahun. Umur 3 tahun dan kebawah adalah PERCUMA.

Kami ada menyediakan perkhidmatan homestay berdekatan dengan Jeti (Pulau Redang). Jika berminat, boleh whatapps kami segera untuk melihat kekosongan dan menempah.

Makan tengahari tidak termasuk dalam pakej day trip Pulau Redang. Tambahan makan tengahari adalah RM8 setiap orang dan diberi di Pulau Redang.

Usah risau. Ebook panduan day trip Pulau Redang yang kami sediakan sudah lengkap dan pasti akan membantu anda.

Pantai Penarik adalah pantai yang terkenal, cantik dan banyak kedai celup tepung berada sekitar 18km dari jeti untuk ke Pulau Redang.

Untuk pakej bermalam di Pulau Redang, 2hari 1 malam, 3 hari 2 malam dan 4 hari 3 malam, harga pakej berbeza-beza mengikut resort/ chalet yang dipilih di Pulau Redang. Whatapps/ email adimin untuk keterangan lanjut. admin@lilylalas.com

Jarak antara jeti untuk ke Pulau Redang dengan bandar Kuala Terengganu adalah sekitar 40km

Pulau Redang berada dalam daerah Kuala Nerus manakala Pulau Perhentian berada dalam daerah Besut

Tiada masalah. Namun untuk kanak-kanak bawah 3 tahun tidak disediakan jaket keselamatan. Digalakkan membawa pelampung (jaket) keselamatan sendiri.  Ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi anak kecil sepanjang daytrip Pulau Redang.

Tiada masalah jika tiada masalah kesihatan kronik, sakit lutut kronik dan sakit belakang knorik. Digalakkan duduk di belakang bot bagi mengurangkan gegaran ombak semasa perjalanan pergi dan pulang di Pulau Redang.

Wanita mengandung tidak digalakkan dan risiko sendiri. 

NAMA SYARIKAT: RANGKAIAN MNI ENTERPRISE
NO SSM: TR0103785-X

Pertanyaan

    Hubungi 

    Whatsapp/call:

    011-33056997 (Lala)

    Email admin:

    admin@lilylalas.com

    NAMA SYARIKAT: RANGKAIAN MNI ENTERPRISE
    NO SSM: TR0103785-X